The Elder Scrolls V: Skyrim
The Elder Scrolls V: Skyrim

The Elder Scrolls V: Skyrim

The Elder Scrolls V: Skyrim  merupakan sebuah permainan video berperanan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Bethesda Game Studios dan diterbitkan oleh Bethesda Softworks.  Ia merupakan permainan kelima dalam siri The Elder Scrolls, berikutan The Elder Scrolls IV: Oblivion. Skyrim  dikeluarkan ke seluruh dunia pada bulan November tahun 2011 untuk Microsoft Windows, PlayStation 3, dan Xbox 360. Tiga kandungan muat turun (DLC atau downloadable content) tambahan telah dikeluarkan—Dawnguard, Hearthfire, dan Dragonborn—yang dipakej semula ke dalam The Elder Scrolls V: Skyrim – Edisi Legenda, yang dikeluarkan pada Jun 2013. Versi naik taraf permainan tersebut iaitu The Elder Scrolls V: Skyrim – Edisi Istimewa, telah dikeluarkan untuk Windows, Xbox One, dan PlayStation 4 pada bulan Oktober 2016, termasuk semua tiga DLC  lengkap dengan grafik yang dinaik taraf, bersama-sama dengan beberapa ciri-ciri tambahan. Labuh untuk Nintendo Switch dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2017.Cerita utama Skyrim berkisarkan pemain watak dan usahanya untuk menewaskan Alduin si Pemakan Dunia, iaitu seekor naga yang dinubuatkan untuk menghancurkan dunia. Permainan ini berlatarbelakangkan sebuah wilayah fiksyen Skyrim pada dua ratus tahun selepas peristiwa dalam Oblivion. Sepanjang permainan, pemain menyelesaikan misi dan mengubah suai karakter dengan meningkatkan kemahiran. Skyrim meneruskan tradisi dunia terbuka yang digunakan oleh pendahulunya dengan memberi peluang kepada pemain untuk mengembara ke mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ia juga memberi peluang untuk mengabai atau menangguh plot utama permainan.Permainan ini dibangunkan dengan menggunakan Creation Engine, iaitu sebuah enjin permainan video yang dibina semula khas untuk permainan ini. Pasukan pembangun memilih untuk memberi nafas kepada dunia permainan agar ia lebih unik dan pelbagai berbanding dengan dunia Cyrodiil, latar tempat Oblivion. Pengarah dan pengeluar eksekutif Todd Howard menganggap dunia Cyrodiil kurang menarik jika dibandingkan dengan Skyrim. Skyrim mendapat pujian kritikal selepas dikeluarkan dan pengulas terutamanya menyebut tentang pembangunan watak dan latar, dan dianggap sebagai salah satu permainan video terbaik sepanjang masa. Permainan ini mencapai penghantaran sebanyak tujuh juta salinan kepada penjual dalam minggu pertama, dan menjual lebih daripada 30 juta salinan di seluruh platform.